
Sekolah Rendah Islam Ummah (SRI Ummah) telah ditubuhkan pada tahun 1985 di kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi dengan bilangan penuntutnya 10 orang sahaja dan seorang tenaga pengajar. Ianya ditubuhkan atas idea Dr. Abdul Halim Muhammad (beliau pada masa itu merupakan Ketua Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam UKM). Pada awal penubuhan, sekolah ini diberi nama Kelas Tahfiz.
Keistimewaan kami
BERPENGALAMAN LEBIH DARIPADA 35 TAHUN
Sejak penubuhan pada 1985, banyak kemudahan akademik, kokurikulum, pembangunan fizikal.
KAEDAH 5M DALAM PENGAJARAN AL-QURAN BERASASKAN SUNNAH
Menggunakan kemahiran membaca, menghafal, menulis, memahami & menghayati. Pelajar dapat pendedahan menyeluruh terhadap Al-Quran & bersemangat untuk berinteraksi dengan Al-Quran secara kerap.
PENDIDIKAN BERCIRIKAN SISTEM NILAI
Pendidikan karakter berasaskan nilai yang ditafsirkan dari surah Luqman ayat 12-19 iaitu Budaya Al-Quran, Ummatik, Adab & Bakti, Berilmu, Kepimpinan, Harakiy, Istiqomah, Iltizam, Budi & Lestari.
MATLAMAT
- Membasmi buta Al-Quran dalam kalangan kanak-kanak sebelum baligh.
- Mengaplikasi kepada para pelajar kaedah 5M di dalam pengajian Al-Quran
- Pengisian ayat-ayat suci Al-Quran sebagai benteng kehidupan.
- Melatih kemahiran hafalan serta menanam kecintaan, penghormatan terhadap Al-Quran.
- Menanamkan semangat cinta kepada agama dan penghayatan cara hidup Islam yang berterusan terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
MAKLUMAT PENGAJIAN
-
Hari belajar :
5 hari seminggu (Isnin - Jumaat) -
Waktu pengajian :
Sesi pagi: 7:45-10:45 pagi
Sesi petang: 2:30-5:30 petang -
2 Sesi :
Sesi pagi (Tahun 1-3)
Sesi petang (Tahun 4-6) -
Selama 6 Tahun :
Daripada tahun 1 hingga tahun 6 -
Jadual :
Mengikut penggal persekolahan KPM -
Peperiksaan Dalaman :
Ujian pentaksiran pertengahan & akhir tahun -
Tahun 5 :
Peperiksaan UPKK (JAKIM) -
Tahun 6 :
Peperiksaan PSRA (JAIS)
HALA TUJU SELEPAS TAMAT PENGAJIAN
-
KAA
SMK HARIAN (KELAS ALIRAN AGAMA) -
SMK AGAMA
(SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA) -
SABK
(SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN) -
SAM/SAMT JAIS
(SEKOLAH AGAMA MENENGAH/MENENGAH TINGGI JAIS) -
SAM BESTARI JAIS
(SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI JAIS) -
MITS
(MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS JAIS) -
SMAN/SMAR
(SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI/RAKYAT) -
MRSM
(MAKTAB RENDAH SAINS MARA) -
SBP
(SEKOLAH BERASRAMA PENUH) - SEKOLAH KLUSTER/BERPRESTIJ TINGGI
- SEKOLAH BESTARI
“SRI Ummah Bandar Baru Bangi adalah satu contoh institusi Pendidikan yang walaupun tidak besar, namun berjaya mengekalkan kualiti pendidikan dan adab pelajarnya dengan cemerlang. Alhamdulillah, saya berjaya menghafaz beberapa juzu’ Al-Quran dan surah-surah pilihan serta hadis-hadis yang telah ditetapkan. Setiap ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian telah membantu saya menjadi seorang Muslim yang lebih baik.”

Nur Syuhada’ binti Ridzuan
Guru, Alumni 1999
“Pengalaman seronok berlatih menghafaz dan solat Jemaah bersama rakan-rakan tidak boleh dilupakan. Kelas yang santai tetapi sehingga hari ini saya masih ingat apa yang diajarkan oleh para ustazah terutama ilmu Tajwid. Mudah untuk saya mengamalkan dalam membaca Al-Quran sehingga kini. SRI Ummah Bandar Baru Bangi sangat memberi kesan terhadap kefahaman fardhu dan ilmu Islam secara keseluruhan untuk amalan seharian Muslim.”

Mirzam Bin Taiman
Arkitek, Alumni 1996
Hubungi Kami
LOKASI
Pejabat Urusan
No. 9, Jalan 1/4, Seksyen 1,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
talian
Tel: +603-8210 7253
E-mel : pentadbiran@sriummah.com
WAKTU URUSNIAGA
Isnin-Jumaat:
9.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.30 – 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Am:
Tutup & tiada sebarang urusniaga
ikuti kami