Profil Sekolah
Visi, Misi & Objektif
Visi Sekolah
Mewujudkan rangkaian institusi pendidikan Islam bersepadu yang unik, cemerlang dan terbilang.
Misi Sekolah
Kurikulum tarbiyyah
Membangunkan kurikulum tarbiyyah yang lengkap dan seimbang di peringkat 7 hingga 12 tahun dalam membina generasi khayra ummah.
Kualiti pusat pendidikan
Membangun dan menyelaraskan pusat pendidikan SRI Ummah yang berkualiti berasaskan nilai kasih sayang, amal jama’iy, harmonis dan semangat perjuangan yang kental dalam kalangan murid, guru dan pengurusan.
Pentadbiran dan kewangan
Mempertingkatkan sistem pengurusan pentadbiran dan kewangan yang mantap serta berkesan sebagai asas kejayaan visi.
Objektif Sekolah
Kemahiran Al-Quran
Melatih pelajar kemahiran Al-Quran dalam aspek-aspek bacaan, hafalan, kefahaman dan penghayatan.
Sahsiah dan akhlak
Melahirkan pelajar yang bersahsiah dan berakhlak mulia serta mengamalkan budaya Islam dalam kehidupan mereka (Ibadah, adab sopan dan perhubungan).
Disiplin diri
Melatih pelajar supaya berdisiplin mengikut disiplin Al-Quran, As-Sunnah dan Sirah.
Amalan ibadah
Mendidik pelajar ke arah melakukan ibadah fardhu dan sunat serta perkara-perkara yang berkaitan dengan betul.
Fardu Ain dan Fardu Kifayah
Melatih pelajar supaya dapat menyeimbangkan kehidupan mereka dari segi tuntutan kerohanian dengan kemahiran (Fardu Ain & Fardu Kifayah).
Jawi dan Bahasa Arab
Melatih pelajar supaya mahir jawi dan Bahasa Arab.
