PELUANG KERJAYA BERSAMA SEKOLAH RENDAH ISLAM UMMAH
Latihan Industri
Staf Guru (Tetap)
Staf Guru (Sambilan)
Staf Pentadbiran - Penyelia Transit
Staf Pentadbiran - Pembantu Perhubungan dan Perniagaan
Latihan Industri
Peluang Latihan Industri di Tafhim Sdn. Bhd.
Hantarkan resume & cover letter ke emel sumbermanusia@tafhim.com.my atau mohon di sini.
Syarat Kelayakan Minimum
- Pelajar IPT dalam bidang Teknologi Maklumat, Pemasaran atau Perniagaan.
- Tinggal berhampiran pejabat Tafhim Sdn. Bhd.
- Semangat belajar dan berkongsi idea baharu.
- Bersikap proaktif, jujur, dan berintegriti.
Deskripsi
Latihan Industri di Tafhim Sdn. Bhd.
- Bidang: Teknologi Maklumat, Pemasaran atau Perniagaan
- Lokasi: Berdekatan dengan pejabat Tafhim Sdn. Bhd.
- Pengalaman kerja praktikal dalam persekitaran profesional
- Bimbingan daripada pasukan berpengalaman
- Elaun bulanan
Staf Guru (Tetap)
Kemasukan Segera!
Hantarkan resume & cover letter ke emel sumbermanusia@tafhim.com.my atau mohon di sini.
Syarat Kelayakan Minimum
- Kelayakan minima SPM dan SMA/STAM (atau yang setaraf).
- Mampu membaca al-Quran dengan baik dan lancar.
- Mempunyai pengetahuan agama Islam yang baik.
- Minat dalam bidang pendidikan atau perguruan.
- Seseorang yang menjaga solat 5 waktu.
- Bersikap jujur, amanah dan istiqamah dalam kerjaya.
- Multitasking, proaktif dan dinamik.
Deskripsi
- Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)
- Mengajar sesi pagi dan petang
- Gaji: RM 1,700 sebulan
- Elaun bulanan
- Caruman KWSP dan SOCSO
- Kursus dan latihan disediakan
- Penempatan disediakan (perempuan)
Staf Guru (Sambilan)
Kemasukan Segera!
Hantarkan resume & cover letter ke emel sumbermanusia@tafhim.com.my atau mohon di sini.
Syarat Kelayakan Minimum
- Kelayakan minima SPM dan SMA/STAM (atau yang setaraf).
- Mampu membaca al-Quran dengan baik dan lancar.
- Mempunyai pengetahuan agama Islam yang baik.
- Minat dalam bidang pendidikan atau perguruan.
- Seseorang yang menjaga solat 5 waktu.
- Bersikap jujur, amanah dan istiqamah dalam kerjaya.
- Multitasking, proaktif dan dinamik.
Deskripsi
- Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)
- Mengajar sesi pagi dan petang
- Gaji: RM 69 sehari
- Tempoh 3 bulan
Staf Pentadbiran - Penyelia Transit
Kemasukan Segera!
Hantarkan resume & cover letter ke emel sumbermanusia@tafhim.com.my atau mohon di sini.
Syarat Kelayakan Minimum
- Mahir mengendalikan Microsoft Word & Excel.
- Mempunyai kemahiran mengurus yang baik serta mampu berkomunikasi secara berkesan.
- Berdisiplin, teliti, dan mempunyai integriti yang tinggi dalam menjalankan amanah.
- Sihat tubuh badan dan tiada masalah kesihatan yang menjejaskan prestasi kerja.
- Pengalaman dalam mengendalikan murid atau pengurusan transit amat dialu-alukan.
- Seseorang yang menjaga solat 5 waktu.
- Bersikap jujur, amanah dan istiqamah dalam kerjaya.
- Multitasking, proaktif dan dinamik.
Deskripsi
- Merancang dan menyelaras segala urusan berkaitan transit.
- Menyelia fasiliti dan kebajikan transit supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
- Menguruskan dokumentasi dan laporan menggunakan perisian Microsoft Word & Excel.
- Bekerjasama secara proaktif bersama barisan guru dan staf bagi kelancaran tugas.
- Menjalankan tugasan secara terperinci dan penuh dedikasi.
- Gaji & Elaun: Gaji sebanyak RM 1,700 sebulan berserta elaun bulanan.
- Caruman KWSP dan SOCSO disediakan.
Staf Pentadbiran - Pembantu Perhubungan dan Perniagaan
Kemasukan Segera!
Hantarkan resume & cover letter ke emel sumbermanusia@tafhim.com.my atau mohon di sini.
Syarat Kelayakan Minimum
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan yang baik.
- Teliti dalam mengurus dokumen, rekod dan tarikh tamat tempoh lesen.
- Mempunyai kemahiran Microsoft Word & Excel.
- Proaktif, bertanggungjawab, berdisiplin dan mampu bekerja secara teratur.
- Mempunyai kemahiran berurusan dengan pihak luar dan agensi kerajaan.
- Mampu bekerja secara independent serta bekerjasama dengan pelbagai bahagian.
- Pengalaman dalam urusan PBT, pelesenan, hartanah atau agensi kerajaan adalah satu kelebihan.
Deskripsi
- Mengurus permohonan baharu, pembaharuan dan pindaan lesen premis serta lesen papan tanda bagi semua cawangan.
- Menjadi penghubung syarikat dengan PBT dan agensi kerajaan seperti JAIS, JBPM, JKN/PKD, KPM/JPN dan Pejabat Tanah.
- Memantau status lesen, cukai taksiran dan pematuhan semua cawangan melalui database syarikat.
- Mengurus notis, kompaun, aduan dan isu pematuhan yang dibangkitkan oleh PBT atau agensi berkaitan.
- Menyelaras urusan dengan perunding, arkitek, jurutera atau runner bagi keperluan teknikal dan pelesenan.
- Membina hubungan kerja yang baik dengan PBT dan agensi kerajaan bagi melancarkan urusan kelulusan.
- Membuat semakan awal syarat PBT dan keperluan pematuhan bagi cadangan pembukaan cawangan baharu.
- Menyediakan laporan status lesen dan pematuhan secara berkala kepada pihak pengurusan.
- Mengurus tuntutan dan pembayaran rasmi berkaitan pelesenan serta urusan agensi kerajaan.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan pihak atasan
- Gaji: RM 2,110 sebulan
- Caruman KWSP dan SOCSO disediakan
