MOTO SEKOLAH

“Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran”

BERPENGALAMAN LEBIH DARIPADA 35 TAHUN

Melahirkan murid yang bersahsiah dan berakhlak mulia serta mengamalkan budaya Islam dalam kehidupan.

KEMAHIRAN AL-QURAN GUNA KAEDAH 5M

Melatih murid kemahiran al-Quran menggunakan kaedah 5M; Membaca, Menghafal, Menulis, Memahami dan Menghayati

PENDIDIKAN BERCIRIKAN SISTEM NILAI

Pendidikan karakter berasaskan nilai yang ditafsirkan dari surah Luqman ayat 12-19 iaitu Budaya Al-Quran, Ummatik, Adab & Bakti, Berilmu, Kepimpinan, Harakiy, Istiqomah, Iltizam, Budi & Lestari.​

Sejarah & Pencapaian SRI Ummah

Asal Usul & Penubuhan

Bermula pada tahun 1985 sebagai Kelas Tahfiz Ummah di Kampung Teras Jernang, sekolah ini diasaskan oleh Dr. Abdul Halim Muhammad dengan hanya 10 orang murid. Fokus utamanya adalah memberikan pendidikan Islam lanjutan selepas pra-sekolah (TASKA/TADIKA), khususnya dalam hafalan Al-Quran dan Fardu Ain.

Transformasi & Visi Holistik

Pada tahun 2021, institusi ini secara rasmi dinamakan Sekolah Rendah Islam Ummah (SRI Ummah). Penjenamaan ini membawa komitmen yang lebih besar terhadap pendidikan Islam holistik yang menggabungkan kecemerlangan akademik dan sahsiah agama murid.

Kredibiliti & Pencapaian

  • Pentauliahan & Kelulusan (JAIS): Beroperasi dengan kelulusan penuh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memastikan standard pendidikan agama sentiasa terpelihara.

  • Pertumbuhan Dinamik: Kini mempunyai 13 cawangan di sekitar Bandar Baru Bangi dan kawasan berdekatan, termasuk cawangan terbaru di Salak Perdana yang dibuka pada tahun 2024.

  • Impak Alumni: Telah melahirkan lebih 10,000 alumni yang berjaya dalam pelbagai bidang profesional.

  • Pengurusan Profesional: Diuruskan oleh Tafhim Sdn. Bhd. yang berdedikasi menyediakan pendidikan berkualiti dan berpatutan.

MATLAMAT

MAKLUMAT PENGAJIAN

HALA TUJU SELEPAS TAMAT PENGAJIAN

Scroll to Top