Polisi dan Peraturan Pembayaran Yuran Persekolahan
YURAN PENDAFTARAN
Bayaran yuran pendaftaran perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran yuran bulanan. Kegagalan menjelaskan bayaran yuran pendaftaran akan membenarkan pihak sekolah untuk menggantung atau memberhentikan anak tuan/puan dari meneruskan pengajian di sekolah.
PEMBAYARAN YURAN BULANAN PENGAJIAN
Yuran bulanan mesti dijelaskan selewat-lewatnya pada 6hb setiap bulan. (Contoh, yuran bulan Ogos 2022 hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 6 Ogos 2022).
TUNGGAKAN YURAN
Murid lama yang masih belum menjelaskan tunggakan yuran pada tahun sebelumnya tidak akan dibenarkan untuk membuat pendaftaran kemasukan pada tahun berikutnya.
- Notis peringatan akan diberikan kepada ibu bapa/penjaga murid setelah pihak kami mendapati tunggakan yuran selama 2 bulan berturut-turut masih belum diselesaikan.
- Kegagalan menjelaskan yuran pengajian bulanan selepas 3 bulan akan menyebabkan pihak sekolah mengambil tindakan berikut:
- Murid digantung sesi persekolahan;
- Murid tidak dibenarkan menduduki peperiksaan penggal persekolahan;
- Keputusan sebarang ujian/penilaian/peperiksaan murid ditahan;
- Segala dokumen berkaitan murid seperti sijil berhenti dan surat perakuan akan ditahan;
- Selepas sebulan penggantungan, murid akan diberhentikan. Namun begitu, tunggakan yuran tetap perlu dijelaskan. Jika berminat untuk meneruskan pengajian, pendaftaran baru perlu dibuat dengan keseluruhan tunggakan yuran telah dijelaskan.
- Pihak sekolah berhak mengambil tindakan seperti di atas sekiranya ibubapa/penjaga gagal memberikan sebarang maklumbalas atau tindakan sewajarnya seperti surat tunjuk sebab dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas surat peringatan dikeluarkan.
MURID BERHENTI DAN MURID TAMAT SEKOLAH
- Murid yang ingin berhenti pengajian dari SRI Ummah perlu menjelaskan tunggakan yuran terlebih dahulu (jika ada) dan perlu mengisi Borang Berhenti Sekolah dan dihantar ke pejabat;
- Kegagalan mengisi Borang Berhenti Sekolah akan menyebabkan invois murid terus dijana dan terhalang mendapatkan Sijil Berhenti Sekolah;
- Murid yang akan tamat pengajian (Tahun 6) tetapi masih mempunyai sebarang yuran tunggakan, semua keputusan peperiksaan dan buku rekod murid akan ditahan serta Sijil Tamat Sekolah tidak akan diberikan.