Polisi pembayaran yuran persekolahan
Untuk ibu bapa dan penjaga di semua cawangan SRI Ummah.
Tarikh kemas kini polisi ·Yuran pendaftaran
Jelaskan yuran pendaftaran sebelum membayar yuran bulanan. Jika yuran pendaftaran belum dijelaskan, sekolah berhak menggantung atau memberhentikan pengajian murid.
Yuran bulanan
Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada 10 hari bulan setiap bulan. Kadar bulanan kekal sepanjang tahun termasuk semasa cuti sekolah, tanpa mengira jumlah hari persekolahan. Pihak pengurusan akan memaklumkan sebarang perubahan.
Semak kadar yuran mengikut cawanganRujukan ketetapan bulanan · Memo TSB/GM/M/O-003 bertarikh 27 November 2022.
Tunggakan yuran
Murid sedia ada perlu melangsaikan tunggakan tahun sebelumnya untuk mendaftar bagi tahun berikutnya.
Tertunggak 2 bulan berturut-turut
Sekolah akan mengeluarkan notis peringatan kepada ibu bapa atau penjaga.
Sekolah berhak mengambil tindakan yang disenaraikan di bawah jika ibu bapa atau penjaga gagal memberi maklum balas atau mengambil tindakan sewajarnya, seperti mengemukakan surat tunjuk sebab, dalam 7 hari bekerja selepas surat peringatan dikeluarkan.
Yuran masih tertunggak selepas 3 bulan
- Sekolah menggantung persekolahan murid.
- Murid tidak dibenarkan menduduki peperiksaan penggal.
- Sekolah menahan keputusan ujian, penilaian dan peperiksaan.
- Sekolah menahan semua dokumen berkaitan murid, termasuk sijil berhenti dan surat perakuan.
Selepas sebulan penggantungan
Sekolah akan memberhentikan murid. Tunggakan masih perlu dibayar. Untuk menyambung pengajian, jelaskan semua tunggakan dan buat pendaftaran baharu.
Berhenti atau tamat sekolah
Murid yang ingin berhenti
Jelaskan tunggakan jika ada, kemudian lengkapkan Borang Berhenti Sekolah dan serahkan ke pejabat. Tanpa borang tersebut, invois akan terus dijana dan murid tidak boleh memperoleh Sijil Berhenti Sekolah.
Murid Tahun 6 yang tamat pengajian
Jika masih ada tunggakan, sekolah akan menahan semua keputusan peperiksaan dan buku rekod murid. Sijil Tamat Sekolah juga tidak akan diberikan.
Hubungi Pejabat Pengurusan