MOTO SEKOLAH
“Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran”
BERPENGALAMAN LEBIH DARIPADA 35 TAHUN
Melahirkan murid yang bersahsiah dan berakhlak mulia serta mengamalkan budaya Islam dalam kehidupan.
KEMAHIRAN AL-QURAN GUNA KAEDAH 5M
Melatih murid kemahiran al-Quran menggunakan kaedah 5M; Membaca, Menghafal, Menulis, Memahami dan Menghayati
PENDIDIKAN BERCIRIKAN SISTEM NILAI
Pendidikan karakter berasaskan nilai yang ditafsirkan dari surah Luqman ayat 12-19 iaitu Budaya Al-Quran, Ummatik, Adab & Bakti, Berilmu, Kepimpinan, Harakiy, Istiqomah, Iltizam, Budi & Lestari.
Sejarah & Pencapaian SRI Ummah
Asal Usul & Penubuhan
Bermula pada tahun 1985 sebagai Kelas Tahfiz Ummah di Kampung Teras Jernang, sekolah ini diasaskan oleh Dr. Abdul Halim Muhammad dengan hanya 10 orang murid. Fokus utamanya adalah memberikan pendidikan Islam lanjutan selepas pra-sekolah (TASKA/TADIKA), khususnya dalam hafalan Al-Quran dan Fardu Ain.
Transformasi & Visi Holistik
Pada tahun 2021, institusi ini secara rasmi dinamakan Sekolah Rendah Islam Ummah (SRI Ummah). Penjenamaan ini membawa komitmen yang lebih besar terhadap pendidikan Islam holistik yang menggabungkan kecemerlangan akademik dan sahsiah agama murid.
Kredibiliti & Pencapaian
Pentauliahan & Kelulusan (JAIS): Beroperasi dengan kelulusan penuh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memastikan standard pendidikan agama sentiasa terpelihara.
Pertumbuhan Dinamik: Kini mempunyai 13 cawangan di sekitar Bandar Baru Bangi dan kawasan berdekatan, termasuk cawangan terbaru di Salak Perdana yang dibuka pada tahun 2024.
Impak Alumni: Telah melahirkan lebih 10,000 alumni yang berjaya dalam pelbagai bidang profesional.
Pengurusan Profesional: Diuruskan oleh Tafhim Sdn. Bhd. yang berdedikasi menyediakan pendidikan berkualiti dan berpatutan.
MATLAMAT
- Membasmi buta Al-Quran dalam kalangan kanak-kanak sebelum baligh.
- Mengaplikasi kepada para murid kaedah 5M di dalam pengajian Al-Quran
- Pengisian ayat-ayat suci Al-Quran sebagai benteng kehidupan.
- Melatih kemahiran hafalan serta menanam kecintaan, penghormatan terhadap Al-Quran.
- Menanamkan semangat cinta kepada agama dan penghayatan cara hidup Islam yang berterusan terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
MAKLUMAT PENGAJIAN
-
Hari belajar :
5 hari seminggu (Isnin - Jumaat) -
Waktu pengajian :
Sesi pagi: 7.45-10.45 pagi
Sesi petang: 2.30-5.30 petang -
2 Sesi :
Sesi pagi (Tahun 1-3)
Sesi petang (Tahun 4-6) -
Selama 6 Tahun :
Daripada tahun 1 hingga tahun 6 -
Jadual :
Mengikut penggal persekolahan KPM -
Peperiksaan Dalaman :
Ujian pentaksiran pertengahan & akhir tahun -
Tahun 5 :
Peperiksaan UPKK (JAKIM) -
Tahun 6 :
Peperiksaan PSRA (JAIS)
HALA TUJU SELEPAS TAMAT PENGAJIAN
-
KAA
SMK HARIAN (KELAS ALIRAN AGAMA) -
SMK AGAMA
(SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA) -
SABK
(SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN) -
SAM/SAMT JAIS
(SEKOLAH AGAMA MENENGAH/MENENGAH TINGGI JAIS) -
SAM BESTARI JAIS
(SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI JAIS) -
MITS
(MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS JAIS) -
SMAN/SMAR
(SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI/RAKYAT) -
MRSM
(MAKTAB RENDAH SAINS MARA) -
SBP
(SEKOLAH BERASRAMA PENUH) - SEKOLAH KLUSTER/BERPRESTIJ TINGGI
- SEKOLAH BESTARI
